Friday, May 15, 2009

TUGASAN 2 ( ULASAN DAN ANALISIS ARTIKEL JURNAL KAJIAN TINDAKAN )

JURNAL 1
The Effects of Pictures and Prompts on the Writing of Students in Primary Grades: Action Research by Graduate Students at California State University, Northridge.
(Marilyn Joshua California State University, Northridge With William E. Andrade, Sara Garber-Budzyn, Victoria Greene, Elana Hassan, Nicole M. Jones, Lisa Palinigiano, Magdalena Romero-Horowitz, Violet Rostami, and Suzanne Valentine)
Fokus kajian
Fokus kajian ini ialah untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar peringkat awal (Tadika) dalam penulisan dengan menggunakan gambar.
Sampel
Kajian ini menggunakan pelajar tadika sebagai sampel. Sejumlah 165 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 83 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan.
Setting
Setting kajian ini ialah bilik darjah dari beberapa buah sekolah tadika.
Prosedur
Kajian ini melibatkan dua fasa. Pada peringkat awal pengkaji membentuk pelajar dalam kumpulan. kumpulan pertama akan menulis berdasarkan gambar dan satu kumpulan lagi akan menulis tanpa melihat gambar. gambar yang dipamerkan telah dibentangkan kepada semua pengkaji supaya mereka dapat memberi arahan yang sama kepada pelajar.
Pengumpulan data
  • Peperiksaan penulisan pelajar - penulisan pelajar dinilai untuk pengkaji mengumpul data
  • Bilangan perkataan yang ditulis oleh pelajar

Hasil kajian/Rumusan

Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat sedikit penambahbaikan dalam penulisan pelajar, tetapi tidak ada perbezaan yang ketara dalam penulisan pelajar yang menggunakan gambar dengan pelajar yang menerima arahan lisan daripada guru.

JURNAL 2

Activating Teachers' Inquiry: Media Projects for Literacy Lessons (K-8).

(Francine Falk-Ross Pace University, Pleasantville, New York)

Fokus kajian

Fokus kajian ini ialah untuk membangunkan profesional guru dengan melatih menggunakan media dalam pengajaran dan pembelajaran. kajian ini dilakukan untuk memberi pengetahuan dan menerapkan unsur-unsur teknologi dalam pengajian.

Sampel

Pelajar

Setting

Bilik Darjah

Prosedur

Memperkenalkan ilmu teknologi dengan bacaan dan perbincangan. Dengan menggunakan media dapat memberi idea-idea baru kepada guru untuk memperluaskan lagi teknik pengajaran mereka ke peringkat yang lebih baik.

Pengumpulan data

  • Soal selidik
  • Soalan-soalan penyelidikan

Hasil kajian/Rumusan

Hasil dari kajian ini mendapati kebanyakan pelajar suka bekerja dalam kumpulan dan penggunaan teknik pantulan (LCD) dalam pembelajaran. Penayangan video yang berulang-ulang dapat meningkatkan kefahaman pelajar untuk membaca teks yang berkaitan. Hasil kajian ini juga mendapati penggunaan video dalam pengajian memberi kesan yang positif kepada pelajar

JURNAL 3

Action research in language teacher education

(Christine Thorne and Wang Qiang)

Fokus kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperkenalkan pengertian kajian tindakan kepada guru-guru pelatih di China. Di samping itu, kajian dilakukan untuk menggalakkan pendidikan reflektif dan kajian di dalam bilik darjah dikalangan guru-guru pelatih sepanjag tempoh mereka melakukan kursus. Fokus kajian ini ialah penggunaan bahasa inggeris dalam pendidikan.

Sampel

Guru pelatih

Setting

Bilik darjah

Prosedur

Kajian ini dijalankan pada dua peringkat iaitu semasa semesta pertama dan semesta ke dua. Pada peringkat pertama dilakukan untuk membiasakan para peserta (guru pelatih) dengan teori yang mereka pelajari. Manakala peringkat seterusnya, pelatih dapat mengenalpasti permasalahan yang berlaku dan berusaha membaiki amalan pengajaran mereka.

Pengumpulan data

  • Pemerhatian
  • soal selidik

Hasil kajian/Rumusan

Hasil kajian ini mendapati berlaku peningkatan dari segi kemahiran semasa mengajar dalam bilik darjah. Guru pelatih berjaya menguasai teknik-teknik asas untuk melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah.

Sunday, May 10, 2009

TUGASAN 1 ( ULASAN BUKU )


Tajuk : Doing Action Research - A Guide for School Support Staff
Penulis : Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser
Penerbit : Paul Chapman Publishing, London.
Tahun : 2006



Buku ini memperkatakan tentang perkara-perkara berikut:


  • Pengenalan kajian tindakan

  • Kajian kepustakaan

  • Pengumpulan data

  • Analisis data

  • Menulis laporan

  • Faedah yang dapat diambil daripada kajian tindakan

Konsep kajian tindakan

Kajian tindakan merupakan satu proses yang dilakukan untuk membuat perubahan atau penambahbaikkan supaya dapat memperbaiki segala kelemahan serta dapat meningkatkan tahap pencapaian seseorang ke tahap yang lebih baik. Menurut Cohan: 2000, kajian tindakan merupakan perkara yang perting untuk melakukan perubahan dan juga untuk meningkatkan tahap pencapaian seseorang dalam sesuatu perkara.

Menurut Gray: 2004, kajian tindakan adalah perkara yang praktikal yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku secara semulajadi. Penyelidikan merupakan kaedah yang penting untuk mendapatkan kesan berlakunya perubahan. Dengan kata lain, kajian tindakan merupakan proses penyelidikan yang dilakukan untuk mendapatkan kesan perubahan ke atas perkara yang dikaji. Menurut beliau lagi, kajian tindakan adalah latihan profesional yang menggunakan metodologi pengkajian untuk merubah pemikiran secara profesional.

Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan

Terdapat tiga perkara yang digariskan dalam buku ini untuk guru membuat kajian tindakan:

  • Untuk meningkatkan cara penganjaran dan pembelajaran

Kajian yang dilakukan oleh golongan profesional seperti guru adalah kesedaran yang datang dalam diri untuk meningkatkan pengetahuan dan memperolehi kefahaman yang luas mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu di sekolah. Apa yang diharapkan oleh para penyelidik dalam kajian mereka adalah untuk meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran bagi kebaikan bersama.

  • Untuk mewujudkan teori baru

Menurut Mcniff dan Whitehead (2005), kajian tindakan merupakan tindakan yang dilakukan secara khusus bagi membolehkan guru melibatkan diri dalam menghasilkan teori baru.

  • Untuk meningkatkan kemahiran berfikir

Melalui kaedah yang digunakan, pemimpin atau guru dapat melakukan peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran, sekaligus dapat mewujudkan teori baru dalam penyelidikan hasil dari kemahiran berfikir yang digunakan. Konsep ini bermaksud latihan reflektif, yang mana penyelidik berusaha untuk memikirkan cara terbaik untuk kajian mereka.

Reka bentuk kajian tindakan

  • Model

Buku ini hanya menjelaskan model yang digunakan oleh Lowen, beliau menjelaskan bahawa proses kajian tindakan adalah merupakan satu putaran iaitu:

  1. Merancang
  2. Bertindak
  3. Memantau
  4. Mereflek
  • Merancang

Sebelum seseorang pengkaji atau penyelidik melakukan penyelidikan ke atas sesuatu perkara, mereka perlu membuat perancangan supaya dapat mengelak daripada kesukaran-kesukaran yang terdapat dalam kajian tersebut. sekurang-kurangnya apabila berhadapan dengan kesukaran tersebut, mereka sudah bersedia untuk menghadapinya.

Antara persoalah yang perlu di titikberatkan sebelum melakukan kajian tindakan ialah:

  1. Apakah masalah yang perlu saya kenalpasti ?
  2. Apakah kenyataan yang dapat saya kumpul untuk menerangkan masalah yang berlaku?
  3. Apakah jalan penyelasaian yang perlu dibuat?
  4. Bagaimana cara untuk melakukan penyelesaian?
  5. Bagaimana cara untuk menilai hasil?
  6. Apakah tindakan yang perlu dibuat?
  • Bertindak

Untuk melihat keseluruhan putaran kajian tindakan yang dijalankan di dalam latihan. Apabila fokus penyelidikan perlu dilakukan, peringkat seterusnya adalah untuk menetapkan apakah jenis tindakan untuk memulakan dan bagaimana untuk mengambil data yang berkaitan dengan tindakan yang akan dilakukan. Pengumpulan data, contohnya mungkin melibatkan perkara-perkara seperti temuduga, pemerhatian, rakaman video dan menganalisis maklumat. Panduan dalam pemilihan bahan mengumpulkan data tersebut mesti bertepatan dengan tujuan.

  • Memantau

Selepas tindakan dilakukan, penyelidik perlu melakukan pemantauan untuk mengetahui sejauhmana keberkesanan kajian yang dilajankan supaya tidak tersasar daripada perancangan yang telah digariskan.

  • Mereflek

Selepas semua perkara di atas dilakukan, penyelidik perlu membuat refleksi untuk mengetahui kajian yang dijalankan berjaya atau sebaliknya dan membuat penilaian di atas perubahan yang berlaku. Putaran kajian tindakan adalah sempurna dan mungkin akan berlaku pusingan seterusnya, sekiranya penyelidik tidak berpuas hati dengan perubahan yang berlaku.

Prosedur kajian tindakan

Langkah yang perlu dilakukan adalah merancang, bertidak, memantau, dan menilai kesan daripada tindakan yang dilakukan. Buku ini menerangkan prosedur kajian tindakan dijalankan:

  1. Mengesahkan kawasan untuk melakukan penyelidikan dan perubahan yang perlu dibuat
  2. Membawa keluar perubahan yang dikenalpasti (bertindak untuk membuat perubahan)
  3. Melihat kepada kesan perubahan yang berlaku
  4. Mengatur semula atau mengubah perubahan
  5. Mengulangi
  6. Berusaha menghubungkan refleksi dan latihan
  • Teknik pengumpulan data

Pemerhatian

Pemerhatian adalah kombinasi yang kompleks dari berbagai deria (pandangan, pendengaran, sentuhan, bau dan juga rasa) .(Gray, 2004). Ia melibatkan cara yang sistematik, tinjauan yang dilakukan, merekod tindakan dan yang lebih penting adalah menganalisis dan menafsir apa yang telah dilihat. Pemerhatian merupakan elemen terakhir yang boleh menyebabkan berlaku kesukaran, yang mana tafsiran yang dilakukan mempengaruhi seseorang untuk menafsir dan menganalisis dengan pandangan sendiri dan akan berlaku ketidaksamarataan dari segi pengumpulan data.

Diari, artikel dan nota ringkas

Diari, artikel dan nota ringkas juga boleh dijadikan sebagai cara untuk mengumpul data. Mana-mana nota harian, artikel atau nota ringkas akan menambahbaik sesuatu projek dengan tambahan maklumat penting sebagai pelengkap. Ketiga-tiga data tersebut mungkin berasal daripada berbagai tahap, antaranya:

  1. Data yang belum diproses - diambil daripada manusia, persekitaran, perbualan, tarikh, masa dan sebagainya.
  2. Refleksi atau pengulangan- menyemak perkembangan nota asal selepas sesuatu peristiwa berlaku.
  3. Tema dan pengertian- perjalanan rakaman dari analisis dan tafsiran
  4. Maklumat tentang pengalaman- rekod atau artikel dari perasaan kamu tentang proses penyelidikan atau peristiwa penting yang berlaku.

Sumber Dokumentari

menurut Bell (1999), kebanyakan projek pendidikan memerlukan analisis dari kenyataan atau bukti dokumen. Contohnnya, ia termasuk rekod pelajar, latihan dari buku kanak-kanak atau dokumen sekolah seperti minit mesyuara, polisi, kedatangn, pendaftaran dan sebagainya.

Borang Soal Selidik

Secara amnya, borang soal selidik mengandungi set soalan yang mana seseorang akan menjawab apa yang ditanya. Ini adalah satu bahan pengumpulan data yang popular, dan kadang-kadang berlaku juga kesilapan. Borang soalselidik adalah soalan terpilih dan terbaik sahaja digunakan. Borang soalselidik yang dibina boleh mereflek kembali projek, tanpa menghiraukan objektif yang cuba disampaikan. Apabila individu menulis soalan, ia perlu ingat bahawa orang lain mungkin akan menafsir atau memmahami soalan dalam bentuk yang berbeza-beza jadi ia perlu membina soalan dengan ayat yang jelas dan terang. Antara contoh soalan yang disertakan ialah:

  1. Soalan yang jelas
  2. Soalan yang ringkas
  3. Mengelakkan soalan yang sukar difahami
  4. Menggunakan perkataan yang boleh menerangkan maksud soalan
  5. Menggunakan bahasa yang tepat
  6. Menggunakan bahasa yang digunakan dengan pemahaman yang sama kepada semua responden
  7. Beberapa soalan yang berkait dengan imbasan memori

Temubual

Temubual adalah lebih fleksibel daripada kaedah borang soalselidik. Ia memberikan peluang kepada pengkaji untuk mengikuti idea dan masalah responden, berpotensi memberikan maklumat yang lebih terperinci dari mana-mana cara pengumpulan data. Dengan membuat pemerhatian, kaedah temubual mungkin lebih tersusun atau separuh tersusun. Kamu perlu mempunyai set soalan yang ingin ditanya atau kamu mungkin perlu ada senarai ketangkasan jika ingin pergi lebih jauh. Memilih pendekatan yang diinginkan, perlu diingatkan bahan itu mestilah ‘sesuai dengan kehendak’. Apabila melakukan temubual, apa yang perlu diingatkan beberapa perkara asas:

  1. Memastikan kamu tenang, bilik yang sesuai untuk melakukan temubual
  2. Mencuba peralatan rakaman terlebih dahulu dan mempunyai bateri tambahan
  3. Menerangkan apa yang ingin ditemubual dan cuba untuk memastikan temubual berjalan dengan tenang
  4. Mengetahui apa yang ingin ditanya- bagaimana untuk menyusun soalan?Mengelak berlaku bias, dan tidak menyoal persoalan yang besar
  • Teknik pengalisisan data

Untuk melakukan projek pendidikan, anda perlu mengumpul data dari pelbagai sumber dengan menggunakan berbagai cara. Cabarannya disini adalah, bagaimana untuk mengetahui cara untuk menggunakan data yang dikumpulkan.Untuk melakukannya, kamu perlu mengenakan beberapa bahan untuk digunakan ketika menerangkan perkara tersebut dan perlu mendapatkan keizinan untuk mentafsir apa yang diperolehi. Proses ini memerlukan kamu untuk mempelajari data tersebut untuk kamu mengaitkan dengan trend (kecenderungan), kejadian, jenis dan tema. (Macintyre, 2000) Menurut Brown dan Dowling, analisis data adalah satu peringkat yang menyebabkan wujudnya kebimbangan yang tinggi, dan ia juga merupakan peringkat yang kurang jelas.

Freeman (1998), menggambarkan proses kajian tindakan adalah satu penyelidikan yang mana penyelidik perlu bersedia untuk mengubah kajian, sebagai peningkatan diri untuk memastikan keberkesanannya , pendedahan, penelitian, dan penyoalan bagi mengelakkan dari berlakunya kesilapan. Tidak menghimpunkan dan penghimpunan semula adalah proses yang amat penting yang mana kedua-duanya mempunyai hubungan dan cabaran. Beliau mencadangkan 4 aktiviti iaitu:

  1. Nama
  2. Kumpulan
  3. Mencari perhubungan
  4. Mempamerkan

Etika kajian tindakan

Etika adalah garis panduan yang mesti diikut. Ini merupakan perkara penting yang perlu diingat, sebagai pengkaji kita perlu membuat kajian yang tepat agar tidak terpesong dari ketepatan yang telah digariskan dalam pendidikan. Adalah menjadi kemestian untuk memberitahu peserta garis panduan sesuatu projek (menerangkan tujuan untuk melakukan kajian) dan untuk mendapatkan persetujuan bertulis daripada sesiapa yang mengambil bahagian. Ini dipanggil sebagai maklumat persetujuan. Jika melibatkan kanak-kanak, perlulah mendapatkan keizinan daripada ibubapa mereka. Oleh itu, kamu perlu mendapatkan tempat yang sesuai untuk berunding seperti menggunakan peralatan video atau penggambaran di sekolah. Merahsiakan maklumat peserta merupakan perkara penting kepada peserta sebagai menghormati pendirian mereka. Penyelidik perlu memberi ruang untuk peserta yang ingin menarik diri dari projek pada bila-bila masa. Memberikan penjelasan mengenai projek yang akan dilakukan.

  1. Memberitahu tujuan menjalankan penyelidikan
  2. Meminta persetujuan dari semua yang terlibat

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan adalah keluasan untuk memilih yang mana mencuba atau tatacara mengeluarkan keputusan dibawah keadaan yang teguh pada semua kejadian (Bell, 1999). Dengan kata lain, untuk mengumpulkan data metod yang digunakan mestilah ada kebolehpercayaannya, keputusan yang diberikan mestilah sama untuk hari ini, semalam mahupun esok dan tidak berubah. Walaubagaimanapun, perlu percaya apabila sesuatu fakta itu tidak ada aspek penipuan yang membawa kepada ukuran yang tidak akan berubah, dan kualiti penyelidikan tidak ada jaminan.

Contohnya, kamu mungkin mahu mengumpul data yang ada hubungan dengan tingkah laku di dalam kelas, seperti maklumat tentang tindakan khusus, tapi mungkin tindakan ini dipengaruhi dengan pelbagai jenis faktor, termasuk individu, perubahan persekitaran, interpersonal yang dinamis dan sebagainya. Oleh itu, perkara penting adalah menghapuskan segala ketidakpastian, atau menjadikan ‘apa yang perlu saya tahu’ sebagai cara untuk menilai kebolehpercayaan dari bahan mengumpulkan data dan keseluruhan kebolehpercayaan akan mempengaruhi penyelidikan kamu.

Kesahan kajian tindakan

Pengesahan adalah sesuatu yang sedikit kompleks daripada kebolehpercayaan samaada dari segi pengumpulan data, tindakan yang dilakukan atau pengumpulan maklumat. Contohnya, penyelidik mungkin akan bertanya soalan yang mana yang boleh dipercayai, tetapi mungkin juga tidak sah mengikut syarat dari maklumat yang diperolehi.

Penilaian keseluruhan buku

Secara keseluruhan, buku "Doing Action Research A Guide For School Support Staff" sesuai dijadikan rujukan untuk mereka yang baru melibatkan diri dalam kajian tindakan kerana buku ini menerangkan secara umum tentang kajian tindakan. untuk maklumat yang lebih lengkap, perlu merujuk kepada buku-buku lain sebagai penambahan maklumat supaya pemahaman tentang kajian tindakan lebih terang dan jelas. Buku ini terdapat sedikit kelemahan kerana sesetengah penerangan terlalu ringkas contohnya, pada bahagian reka bentuk dan beberapa bahagian lain. Bagaimanapun untuk menambah pengetahuan tentang kajian tindakan, buku ini sudah memadai dan sesuai digunakan.